Followers

Throwback 2013

2013 ......

1830... kurang dari 6jam nak masok 2014.. cepat je masa berlalu.. memang tak sedar.. banyak yang happy and sedih yang jadi sepanjang 2013.. boleh jadikan kenangan.. ok meh cik yani senaraikan ye..


  • Bln 1 atok belah ayah meninggal.. pastu selang bape ari dapat call dari smk seri selayang suro jadi guru ganti.. memang nak sangat la keje.. penat tau mengangur.. ok dapat la subjek math, psv, sejarah.. sampai la bulan 4 jadi guru ganti di smk seri selayang.. jadi la guru kelas 1Ehsan..

  • Bulan 5 sambung guru ganti kat sekolah sebelah je.. kat smk taman selayang.. 3 bulan la gak.. tapi tak paham nape ada 1 kelas ni tak suka kat yani.. sebab ngan dak kelas lain memang ok tak de masalah.. dorg siap pancitkan tayar kete ok.. memang benci betul la kan.. memang terang terang salah dorg.. tak pe la.. redha.. allah je balas..



  • Lps raya ke terenganu la.. wedding cik maisarah.. tapi cik yani ke kuantan dulu baru ke terenganu.. kira macam holiday la gak.. memang lama x pegi pantai timur...

  • Balik dari terenganu macam biasa sambung mengajar lagi la.. kat sekolah smk seri selayang balik.. memang serasi ngan sekolah tu.. tak tau la nape.. hujung tahun memang keje banyak.. tp semua pengalaman.. 
  • Bbq ngan kawan.. lama tak bekumpul.. 

  • Interview untuk jawatan DG41 pegawai pendidikan siswazah.. memang tak ingat bila apply.. dah la interview kat penang.. dapat tau jumaat malam.. sabtu ahad mmg dah bz ngan wedding member.. preparation macam tak cukop.. bedal je la... dah la baru balik dari langkawi masa tu.. 
  • Holiday ke bandung, bukit tinggi

Banyak lagi nak citekan.. tp dah x ingt.. moga moga 2014 membawa lebih banyak kegembiraan.. 

Novel - One Day You'll Be Mine

Hai.. hai.. hai..

Saya ni seorang peminat novel.. sekarang dah tak keje memang banyak la kononnya masa nak membaca... novel "One Day You'll Be Mine" ni baru beli semalam.. ok.. masa nak baca mesti la waktu malam.. semalaman membaca je.. memang best.. tak rasa rugi beli.. kisah bila hati dah buta pasal cinta.. nasihat orang lain dah tak nak dengan walaupun family sendiri nasihat.. kisah pengorbanan seorang lelaki demi kasih sayang.. tp memang best la.. ntah bape kali dah asyik ulang taip perkataan best.. opsssss... rasa malam ni mesti repeat baca.. jom layan sinopis novel ni..

Dia seorang gadis yang hidup bukan hanya memikirkan tentang dirinya sendiri. Atas kesilapan masa lampau, dia mengambil keputusan untuk menjadikan dirinya sebagai seorang pesalah dan menghukum dirinya agar tidak berasa bahagia. Baginya, hilangnya kasih sayang daripada seorang lelaki bernama Nik Afezal, bererti hidupnya sudah tidak bermakna!

Bagi Anith Fitria
h, keluarganya bersalah kerana merahsiakan hal besar itu daripada pengetahuannya. Dengan alasan, ia dapat mengurangkan kesakitan yang dialaminya. Tetapi hakikatnya, tindakan mereka telah menyebabkan Anith Fitriah berasa menyesal atas keputusan yang dibuatnya. Kalaulah dia tahu yang selama ini dia melakukan sesuatu yang sia-sia, pasti dia takkan meninggalkan Dzul Ehsan kemudian meneruskan kehidupan yang telah diaturkan oleh kedua-dua belah keluarga mereka.

“Kau pekak ek?”

“Aku boleh dengar kau bercakap. So, no, I’m not deaf. Thank you for asking.”

“Jadi boleh tolong jelaskan kat aku kenapa kau kuatkan volume TV ni sampai orang kat Afrika sana pun boleh dengar?”

“Okay, but stay away from my stuff and get your own TV.”

Dzul Ehsan dan Nik Afezal. Bagi perspektif Anith Fitriah, kedua-dua lelaki itu memiliki perangai yang sangat berbeza. Sejak dulu lagi, lelaki yang paling indah di matanya hanyalah Nik Afezal. Dan lelaki yang paling tidak bertanggungjawab dan suka membuat muka selambanya… ialah Dzul Ehsan. Uh, sangat menyakitkan hati bila bercerita tentang lelaki itu!

“Jangan cari pasal dengan aku awal pagi macam ni, boleh tak?”

“Jadi aku patut tunggu tengah hari atau malam sebelum cari pasal dengan kau? Is that what you’re suggesting?”

“Pergi mampus.”

“Terima kasih, I love you too.”

Arghhh!!! Dia memang sengaja mahu menyakitkan hati aku.

Tapi kenapa banyak perkara yang berlaku dalam hidup Anith Fitriah, nama lelaki itu juga yang meniti di bibirnya. Dzul Ehsan juga yang pasti akan hadir melindunginya.

Adakah itu tandanya… Dzul Ehsan yang berjaya menarik perhatiannya sekali gus berjaya memiliki hatinya? Tapi bagaimana nekadnya untuk hidup bersama dengan lelaki yang pernah disayanginya, iaitu Nik Afezal?

Oh, sesungguhnya dia harus bijak memilih! Dan pilihannya pada kali ini tentulah pilihan yang terakhir.

“Kenapa kau nak kahwin dengan orang yang menyusahkan?”

“Mudah… sebab aku sayang kau.”

Penulis : Inawza Yusof
Terbitan : Karya Seni
Harga : Rm 33

Berbaloi beli.. Daaaa ~~~

Tenkiu Pn Ezy

Tenkiu Ezy... Ikotkan blog ni lama dah tak bukak.. dah tak bukak memang la tak update.. semua nya berpunca daripada Pn Ezy la.. Terpengaruh balik nak update update ni... Dah la jenis jarang ada idea.. 
sesuai la kan ngan pantun lama ni ..

Buah Cempedak DiLuar Pagar,
Ambil Galah Tolong Jolokkan, 
Saya Budak Baru Belajar,
Kalau Salah Tolong Tunjukkan.

Tunjuk ajarku sifu !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

Zaaaasssstttttttttttttt ~~~~~~~~~~~~~
 

Bandung

Continue ~~~~

Jom sambung lagi cerita.. 10-12 dec kami be3 sampai la ke bandung.. gila gak la sbb mmg tak plan sangat.. kan masa ni semua orang nak sangat tarikh 111213.. kami x pikir pun tarikh 2 masa nak pegi bandung.. ok nak cantikkan lagi konon nak macam orang lain kami dapat la tarikh 111213 kat sana..
Shoping?? Memang teringin nak shoping.. tp tak sempat.. main tarik je mana rasa nak.. malas nak pikir.. sampai tak sedar duit rp kami semua dah tak cukop.. terpaksa la tukar.. masa nak pegi tukar duit kat mid valley dapat 1juta rp = rm276 .. kat sana dah terlupa dapat berapa.. tapi yang ingt rm500 dapat 1830000rp

Malam nye kami dah tak larak nak jalan sebab seharian bejalan.. makan megi je la.. janji kenyang..
Nak tengok hasil kami memborong?? Kejap ye.. sabar... hehehehe ..
Sikit je kan??? Memang la sikit.. sebab tak sempat.. masa tak mengizinkan.. ok la.. so bleh la nak tnjuk serba sikit gambar kami di bandung..

 Cantik kan?? Apartment.. sepatutnya pegi 4orang.. tapi kak m tak dapat nak pegi sebab masalah banjir kat kuantan


Tangkuban Perahu.. tempat ni memang tempat tumpuan kalau datang bandung.. kalau nak cerita panjang lagi ni.. tapi memang best la berjalan.. istilah 'penat' memang la tak ada dalam kamus hidup cik haryani .. hahahhaa... daaaaa ~~~~~

Cuti Sekolah

sebut je cuti sekolah mesti budak-budak sekolah suka sangat.. tapi macam aku kompem la tak keje.. xde plan pun aktiviti cuti sekolah.. niat ati plan nya cuma nak pegi gym siang malam.. konon nak kurus lagi la.. nak diet la.. tapi hampeh.. semua tak jadi.. puncanye elok je cuti ada member tanya nak pegi bandung tak.. mula nya taknak.. tapi bila pikir bosan TER beli la tiket ke bandung.. last minute beli memang mahal la jawabnya.. tapi tak kisah.. ok ada masa 2minggu lebih lagi before ke bandung.

Boleh plak balik kedah.. dah balik rasa nak bejalan.. sampai la ke Langkawi.. sebab plan nak Holiday ke bandung so langkawi pergi balik hari yang sama.. motif shoping.. choc la paling banyak rasa membeli.. dah la jenis yang tak makan sangat.. baru je 2,3 hari lepas choc habis di makan..
tak cukup sebakul rasa.. memang pun. 2 bakul ok choc sahaja.. (termasuk orang kirim)..

ni baru pegi kejap.. kalau 2, 3 hari mau nye lagi banyak... ni semua pikir gak budget nak ke bandung pulak.. Jimat :)

Next Entry ------- Bandung

Tik Tok Tik Tok

December 2013 -> Jan 2014

Pantas nya masa berlalu.. Tak sedar.. Dari 2012 nak update blog.. tapi asyik lupa.. bz sangat ke?? rasa nya tak la bz.. cuma MALAS.. dah nak masok tahun 2014 ... sekarang boleh la isi masa lapang nak update balik... so cerita lama bleh gak kan?? tunggu ............................... daaaa ~~~~~