Followers

Selamat Tinggal Jerawat

Assalamualaikum.. Hai.. Hello...

Dah lama rasanya cik yani nak tulis pasal ni.. Jerawat ooo jerawat.. mesti semua orang akan stress kan.. ala.. tipu la kalau kata tak kisah.. mana ada orang yang tak kisah.. naik seketul pun ada yang nak jerit.. ni kalau naik banyak..penah balik kampung ada orang datang umah akan tego nape teruk sangat muka.. malu sangat-sangat masa tu tau.. mentang-mentang dorang cantik.. ok.. ni berdasarkan pengalaman sendiri.. takde nak ikot pengalaman orang lain... dulu masa sekolah memang x reti nak jaga muka.. pencuci muka memang tak pakai.. jerawat start naik beranak pinak yang siap bernanah rasa.. jerawat batu orang kate.. besar-besar.. sakit tau.. lepas habis belajar lagi la banyak.. takot tau tengok muka sendiri.. nak keluar umah macam malu pun ada.. mula la tempek bedak la.. foundation la.. belapis - lapis.. walaupun orang cakap lagi tempek lagi la naik sebab bahan kimia dari barang yang kita guna.. pastu kompem nak cuci kadang-kadang tak betul-betul cuci..

Dec 2012
cari gak gambar lagi teruk dari ni.. tapi tak jumpa.. masa ni dah 3bulan makan rumpai laut.. kan masa tu tengah popular.. tempek kat muka buat masker.. memang nampak la kurang sikit.. tapi lama-lama jadi malas dah.. pastu ada satu hari ni.. macam sakit kepala.. pegi la klinik Dr.Fauziah kat bbs fasa2B.. alang-alang dah jumpa doc tanya la doc ni.. sebab ada terbaca kat depan pintu nak masok jumpa doc pasal rawatan kulit.. doc ni baik.. sebab doc pompuan so tak la segan.. dia bagi la ubat antibiotik (Doxymycin) dan Tidact Gel / Tidact Cream.. yang pencuci muka tak tau jenis pe sbb dia letak dalam botol dia.. tidact gel ada jual kat farmasi gak rasa.. tak penah beli... tapi memang cepat kecut jerawat.. tak de la lagi sempat tangan gatal ni nak picit. Doxymycin ni tak mahal.. 1paket ikot farmasi jual.. penah beli ada yang Rm4 ada yang Rm5.. Penah la ada member tanya untuk adik dia.. bagi gambar ni adik dia pegi farmasi beli.. alhamdulillah dia kate parut-parut hitam dan jerawat adik dia makin kurang.. suka dengar.. sebab keadaan kami sama.. 3bulan je makan doxymycin... sebab nak makan doxymycin kena kenyang.. kalau tak perut jadi sebu.. nak muntah rasa.. penah skali men bedal makan tapi masa tu perut kosong.. pe lagi.. 1 malam tak selesa perut.. 1 hari sebiji je.. makan sebelum nak tidur atau selepas dinner.



okey.. tu untuk ubat-ubat punya cerita.. sekarang nak masok cerita skincare.. takkan la dah makan ubat taknak cuci muka kot... penah pakai RDBeauty ..dekat setahun guna.. ni beli online tau.. suka foundation/krim siang.. sebab tak payah pkai bedak lagi.. sabun dia plak macam bau oren.. rasa nak makan pun ada.. kihkih.. kulit cik yani ni ble dah lama-lama pakai yang sama memang macam dah tak de kesan.. lepas tu mak la kate cuba Zarra Sinar Puteri.. memang bau dia sedap.. tapi tak sesuai untuk kulit cik yani yang sensitif.. mak pakai ok je.. tapi cik yani pakai naik jerawat halus-halus.. ingatkan mengelupas.. tapi bukan.. pastu nampak merah-merah.... masa tu stress sangat-sangat.. ada 5hari lagi kenduri member.. dah la kena jadi pengapit.. nekad terus pegi beli Dnars Skincares set sensitif.. alhamdulillah pakai dalam dua hari dah kecut jerawat yang macam ruam tu.. masa hari kenduri member memang hilang terus.. sampai sekarang masih kekal dengan dnars.. lepas ni tak tau la nak pkai pe plak.. untuk nak kulit ok macam-macam try.. mesti ada yang keadaan macam cik yanie kan.. tengok muka sendiri jadi takot.. sekarang kuar dah memang tak payah bedak-bedak tebal-tebal.. kadang-kadang foundation je...
ni la set RdBeauty.. memang berkesan.. tak mahal pun.. semua boleh pakai


nak tengok muka sekarang???? masih dalam proses rawatan lagi ni... cik yani bagi gambar lepas jogging.. nanti orang cakap tipu plak.. memang 1 bahan kimia pun tak tempek kat muka tau masa ni...


sebenarnya ramai gak kawan-kawan dok tanya.. panjang sangat cerita nye.. nanti cik yanie cite lagi kalau ada masa.. memang sape lama tak jumpa akan tekejut tau... Selamat Tinggal Jerawat.. daaa ~~~~

15 comments:

mira aziz said...

as salam kak. mira skrang pun tgh hadapi masalah jerawat batu y teruk. pkai tidact jgk. tingin nak pkai dnars tp takut x brkesan. hehe

Unknown said...

sis, boleh tolong belikan pil tidact..tempat saya tak de jual. saya macam nak cuba.
asmawati@gmail.com

Anonymous said...

As, salam kak. Masa pergi klinik dr fauziah tu. Berapa erk kos kena ada?range harga?

Meiya said...

Alhamdulillah kak muka dah bersihkan . Kak sy nak tanya agak agak berapa lama anggaran masa untuk muka akak bersih seperti sedia kala ya ?

Raina raii said...

Klinik dr fauziah tu di mna?

Unknown said...

untuk info for those yg tinggal dkt kelantan , klinik Nik Azam Pasir Mas pun ada jual sebab klinik tu khas untuk kulit muka , InsyaAllah. sbb sy pun ambil ubat tu. Best !

Unknown said...

boleh tolong belikan pil doxymycin ? tempat saya tak ada jual zen5244@gmail.com

Unknown said...

Pil doxymycin tu mmg kne mkn msa perut full. Kalau perut kosong, confirm muntah balik lps mkn ubt tu. Hehe. Sy pernah dpt ubt tu masa pegi pakar kulit kerajaan. Sebulan je mkn habis hilang semua jerawat. Memang berkesan.

Anonymous said...

Hai, macam mana cara nak pergi pakar kulit kerajaan ya? Ubat tu awak dah stop makan ke cane

Unknown said...

memula kena pegi klinik kerajaan dulu,nk minta sueat refer hosp pakar kerajaan terus pn bole tp biasenye klinik akan bg ubat utk tempoh 1 bln dlu,klu tak ok jgak,dtg semula jmpe doc,bgtau doc dah abis mkn ubat tp jrwt tak sembuh,then doc akan buat surat refer ke hosp terus

Anonymous said...

Selepas 3 bulan mkn doxy tu, jerawat naik lgi x

Unknown said...

Mcm mna nak beli?? Saya p farmasi ...tapi farmasi cakap kna Ada Surat doktor

Naa said...

Asslamualikum akak,boleh tak tolong belikan tidact tu,merata sy cari kt tempt sy xdek😭

Anonymous said...

mcm mana skin skrg? boleh cerita tak journey skin awak? saya pun dh pergi klinik tu skrg tgh mkn ubat antibiotik. tpi jerawat byk lagi

Anonymous said...

muka sy breakout jugak and prgi klinik nik Azam. alhamdulillah lepas seminggu jerawat dh makin kurang. no worries ye dear. trust the process. just makan ubat and sapu krim yg Dr bgi ikut masa. btw kalau krim yg Dr bgi tu, benzoyl peroxide, jgn risau kalau keluar jerawat lagi sbb tu tngh purging process. purging process is normal sebelum dpt skin yg sihat. purging jadi bila kita guna active ingredient. benzoyl peroxide tu active ingredient